EzKitz by NuhaKids

Mengenai Kami

Di NUHA memang kami menyediakan banyak Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan umur perkembangan anak-anak di mana setiap bahan adalah customized.

Sayang sekali jika bahan-bahan yang NuhaVengers hasilkan hanya digunakan untuk anak-anak di centre NUHA sahaja.

Maka terciptalah sebuah Impian untuk berkongsi agar lebih ramai Ibu Ayah malah Guru dapat bimbingan dari Pakar Terapis serta Guru berpengalaman bagi menjimatkan masa sediakan bahan yang disusun secara step-by-step guide.

Bermula dengan impian nak selamatkan Nuha Kids Holistic Education semasa Pandemik. Bukan sahaja NUHA malah Team NUHAVENGERS. Pada masa sama terlalu banyak soalan ditanya di sosial media kami bagaimana nak bantu perkembangan anak malah nak mulakan Homeschool dan HomeTherapy.

Direka khas untuk Ibu Bapa dan Anak

jimat masa

Jimat Masa

EzKitz by NUHA merupakan Hub Pendidikan yang membantu ibu dan ayah menjimatkan masa mencari bahan Pendidikan terhadap anak yang sesuai dengan Perkembangan anak serta keperluan anak generasi kini.

Memberi Idea

Memberi ibu dan ayah idea aktiviti stimulasi dengan bimbingan daripada Pakar Occupational Therapist, Psikologis dan Guru yang berpengalaman.

masa bersama

Masa Bersama

Kami amat mementingkan BONDING TIME antara IBU AYAH dan ANAK-ANAK. EzKitz merupakan inisiatif bagi menyokong keperluan Perkembangan anak.

Pengasas
EzKitz & NUHA

Nuha Kids
Holistic Education

EZKITZ
by NUHA

Langgan Informasi Terkini