Penafian

EzKitz by NuhaKids dimiliki dan diuruskan oleh NuhaKids Care Centre (LLP0009169-LGN). Pemilik laman web ini NuhaKids atau NUHA tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga dan kami juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul tentang lawatan anda untuk digunakan selain daripada menganalisis prestasi kandungan melalui penggunaan ‘cookies’ yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan menukar tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan NUHA menggunakan dan menyimpan cookies ini jika anda tidak menyahaktifkan fungsi daripada pelayar internet anda.

Waranti dan penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperoleh daripada laman web ini atas risiko anda sendiri. Risiko sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kerosakan atau kemalangan semasa anda mencuba atau menggunakan sebarang maklumat daripada laman web ini adalah atas risiko anda sendiri. NUHA sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap terbaik, tetapi sebarang kesilapan tipografi atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan semula kandungan yang terdapat di tapak ini di laman web atau media lain tanpa kebenaran.

Menulis Ulasan dan Komen

Di EzKitz kami menyediakan ruangan komen pada blog dan ulasan pada produk. Kami berhak untuk mengedit atau memadam sebarang komen yang dihantar ke laman web ini tanpa notis termasuk:

  • Komen atau ulasan yang dianggap SPAM
  • Komen atau ulasan yang tidak sesuai
  • Komen atau ulasan mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama lain
  • Komen atau ulasan yang menyerang individu atau organisasi
  • Komen atau ulasan yang bersifat perkauman
  • Komen atau ulasan yang tidak dieja dengan betul
  • Komen atau ulasan tidak difahami

Artikel Hak Cipta, Maklumat Dan Bahan

Semua tulisan di laman web ini adalah hak milik pengarang melainkan dinyatakan sebaliknya. Manakala maklumat perniagaan adalah hak milik peniaga yang berdaftar dengan NuhaKids Care Centre. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik NuhaKids jika anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman web, majalah, surat khabar, poster, risalah atau mana-mana media cetak atau dalam talian. Rujukan atau petikan artikel dengan meletakkan kredit sumber daripada EzKitz atau NuhaKids dibenarkan dengan syarat ia tidak diubah suai untuk mengelakkan sebarang percanggahan dalam maklumat. Tetapi untuk maklumat perniagaan, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik (NuhaKids) terlebih dahulu sebelum disiarkan.

EzKitz by NUHA

Panduan dalam SOLUSI EZKITZ MAKES LIFE EASY adalah cadangan untuk HOMESCHOOL atau HOMETHERAPY anak-anak anda dengan PANDUAN & BIMBINGAN TERAPIS & GURU BERTAULIAH.

Di EZKITZ by NUHA kami percaya Ibu Ayah malah orang yang berada di dalam Circle anak itu adalah antara calon GURU PERTAMA anak, maka penting untuk ilmu ini disampaikan pada lebih ramai orang.

Namun kami di EZKITZ BY NUHA tidak bertanggungjawab ke atas mana mana kesan atau risiko dengan penggunaan kaedah yang dikongsi.

Amat penting anak-anak yang tipikal mahupun bekeperluan khas mendapatkan penilaian secara menyeluruh oleh Terapis bertauliah sebelum melakukan mana-mana aktiviti stimulasi yang dicadangkan begitu juga ibu Aayah yang mungkin memerlukan sistem Sokongan lain.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, anda boleh Hubungi Kami untuk bantuan lanjut.

Dasar penafian ini ditulis dan sah pada 16 Mac 2022, ia boleh diubah suai dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa notis awal. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merujuk kembali halaman ini jika sebarang pengubahsuaian dibuat.

Diharap EZKITZ BY NUHA ini dapat bantu lebih ramai bakal ibu ayah & guru di luar sana.

Terima kasih dari EZKITZ : Makes Life easy

Your Parenting Journey Partners
yang dibawakan khas oleh ezkitz.com

Langgan Informasi Terkini